Nuffnang

Showing posts with label Makanan Tradisioal. Show all posts
Showing posts with label Makanan Tradisioal. Show all posts

>> Thursday, October 9, 2008

Rendang Tok Sumber : kakliza


Bahan-bahan:-

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]

2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]

1/2 cawan kerisik

1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..

3 s/b gula merah

3 keping asam keping Daun kunyit [koyakkan]

garam

Bahan mesin

2 s/b ketumbar

1 s/b jintan manis

1 s/b jintan putih

1 s/b lada hitam

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

25 biji cili kering

20 biji bawang merah

5 cm halia

5 batang serai

3 cm lengkuas Cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.

2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.

3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.

4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]

5. Hidangkan

Read more...

Kuih Tradisional-Gelamai


Maklang nak citerkan skitlah pasal kuih ni. Mungkin ada yg tau dan ada gak yg tak tau mengenai kuih tradisi iaitu Gelamai.Kuih ni jarang lagi ditemui, hanya dibbp tempat je..org2 tua dulu sukalah buat kuih ni terutama orang Rawa.la ni payah nak cari org wat gelamai lagi sbb memang payah skit buatnya.Bhn2nya terdiri dari gula merah, santan, beras pulut.Gelamai ni agak keras skit tapi taklah sampai tak leh gigit lak. Bila keras, maklang akan kukus semula setelah dipotong2 dan gaul ngan kelapa. Gelamai ni seakan2 dodol dan cara masaknya macam masak lemang...dimasuk dlm buluh dan dibakar. Buluh tu pulak telah dibuang/dikikis kulit luarnya...tak dimasukkan daun pisang mcm masak lemang tu...tapi dimasukkan terus beras pulut yg telah dicampur sumer bhn terus ke dalam buluh...rasanya sedap tapi cara membuatnya agak renyah dan leceh skit... memang kalo org tak pandai buat memang tak jadik. Maklang sendiri tak rajin le nak cuba2 Sapa2 teringin nak rasa gelamai ni bolehlah singgah di gerai abg ipar maklang kat Kg.Gunung Panjang, Gopeng, Perak. Memang gerai abg ipar ni je yg jual gelamai, org lain maklang tak penah nampak lagi.. Gerai tu betui2 tepi jalan nak ke KL atau ke Utara (kalau ikut jalan lama, bukan highway). Resepi gelamai ni telah diperturunkan oleh MIL kepada anak sulungnya (abg ipar maklang)..dan la ni ianya menjadi punca pencarian abg ipar sekeluarga. Memang ramai yg datang utk beli gelamai sehingga pihak TV3 pun ada buat liputan... tak tau rancangan apa sbb maklang pun tak tengok Gelamai ni paling laris bila time nak raya...berbatang2 orang tempah sampai tak cukup tangan membuatnya.


Read more...

Makanan Tradisional Malaysia

>> Wednesday, October 8, 2008

Pernah dengar "Tosei", "Capati", "Rempeyek", "Rendang", "Lemang", "Maruku" @ "sate"?. Ini adalah sebahagian makanan tradisional Masyarakat Malaysia. Tidak kira bangsa Melayu, India @ Cina meminati makanan yang disebut tadi. Jom kenali makanan tradisional Malaysia.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP